
Berpeluang keluar "dating" dengan seseorang. Kepulangan yang memang dinanti lama. Erm..dia dari Mesir.
Tak memilih untuk mempunyai sahabat, cuma lebih bertuah sebab punya sahabat yang belajar di luar negara.
Kata sahabat itu, ilmu di Malaysia dan luar negara mungkin tak sama. Ya, ikut sukatan yang berbeza. Dan, seharusnya bersyukur bila dapat kembara serta mempelajari ilmu yang banyak. Bijaknya jika dapat dikongsi di sini, bertukar idea dan sebagainya.
Bila berpeluang bersua dengan sahabat yang baru pulang dari kembara, tiba-tiba cerita tentang hati dan perasaan ini muncul pula. CINTA, mengapa ya?? Entahla.
Tahu, segala bisa dikawal tapi dah dikata dewasa: perasaan nak bercinta, mengasih dan dikasih tampak terlalu sinonim. Tambah teruk jika diri rasa "kurang" sebab tak punya pasangan seperti sahabat yang lain.
Isk! Minta dijauhkan.
Sebab, yang penting, kita perlu tahu apa matlamatnya bila nak serius dalam bab hati dan perasaan ni, ye tak?? Tak perlulah kot nak rasa "kurang" jika masih belum bercinta :)
Hargai apa yg ada..

Cinta itu apa?? Mari bawa isu cinta dalam dunia pelajar. Woa..kata orang, cinta itu indah. Tak tidur malam dibuatnya..hehe. Yakah??
Cinta katanya satu inspirasi, ada yang menyokong masa susah belajar. InsyaAllah boleh score dalam peperiksaan. Mantap!! Macam seronok je kalo bercinta ni, ye tak??
Ia, cinta itu indah. Bila bercinta, sanggup pula berbuat apa saja asalkan dapat memenuhi kehendak sang kekasih. Lantas dikata cinta itu buta. Semberono, segalanya pasti demi cinta.
Demi cinta suci??
Diri tak pernah bercinta.
Maksud diri, cinta sesama manusia. Ia, cuba membenar dan menerima hakikat bahawa, komitmen cinta terlalu sukar nak dibawa semasa diri diikat untuk bercinta terlebih dahulu dengan ilmu dan laman hidup kini.
Tahu, cinta selalu berkait dengan nafsu. Kadang insan terlalu buta dek cinta. Lantas terjadilah segala yang tak diingin dalam fenomena masyarakat. Cinta itu akhirnya memakan diri, terjual maruah dan menghilangkan nilai kemuliaan manusia.
Cinta tak salah. Asalnya ia didahulukan matlamat dan aqal. Bila ada matlamatnya [khusus menuju keredhaan Tuhan] maka, cinta itu akan murni. Terjalin dua jiwa atas nama insan berkasih. Kasih dan cinta dua hati menuju cinta Allah.
Tuhan memang meletakkan cinta pada hati setiap hambaNya. Lantas, kita semua memang layak untuk bercinta. Paling wahid adalah menetapkan dahulu matlamatnya, dan dengan kekuatan yang ada, moga segala jalan dan metodnya dihias apa dikata iman dan taqwa. Maka, cinta itu tak sia-sia.
InsyaAllah, bercintalah kerana Tuhan. Dan jika dirasa cinta itu lebih memusnahkan atau menjauhkan diri dari Tuhan, rasanya baik dihindar. Ya, jika cinta manusia lebih membawa kealpaan, tak rugi jika ditinggal sebentar. Tuhan menjanjikan pasangan terbaik untuk setiap hambaNya.
Pegang pada ini. Untuk mendapat yang terbaik, diri sendiri perlu ada post mortem dulu. Jaga dan pelihara diri sebaiknya [ikut apa disaran Islam]
InsyaAllah, Tuhan tak hampakan orang yang berusaha seikhlasnya. Orang yang baik pekertinya tentulah disukai oleh insan lain, tak gitu?? Ya, pelihara dulu diri sendiri, matlamatnya Tuhan.
Penting untuk mendamai cinta berTuhan sebelum kita layak meraih cinta manusia [yang turut mencintai Tuhan] Ya, matlamat kita itu satu, tuju cinta sebenar. Satu destinasi sejati bersama si dia yang kita cintai...bertemu Tuhan yang membenihkan cinta pada setiap hati. Itu baru namanya indah, bukan?
~kadang ...rasa terlalu mudah untuk berkata dari melaksana..
No comments:
Post a Comment